TIGA hari lalu, seramai 23 orang penggiat seni selamat kembali ke tanah air selepas mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah setelah mereka berangkat ke sana pada 26 Januari lalu. Dianjurkan oleh Yayasan Perdana Ummah (YPU) di bawah seliaan Pejabat Penasihat Perdana Menteri, selain artis, rombongan tersebut turut disertai oleh karyawan lain seperti budayawan, novelis, kartunis serta wartawan hiburan tempatan. Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Rizal Mansor, program itu adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ramadan lalu untuk membuka pintu kepada golongan veteran menunaikan umrah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya