KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini susulan mata wang negara maju itu susut selepas peningkatan baru-baru ini selain didorong sentimen tempatan menjelang pengumuman angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2017 Malaysia, kata peniaga. Ringgit berada pada 3.9350/9380 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini daripada 3.9370/9400 semasa ditutup pada Isnin. Peniaga berkata, Wall Street terus mencatat peningkatan semula dan begitu juga pasaran saham utama lain, sekali gus meredakan kebimbangan dalam kalangan pelabur namun menjadikan mata wang selamat kurang menarik. Bank…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya