MANILA 13 Feb. – Ribut Tropika Sanba melanda selatan Filipina awal pagi ini dengan membawa hujan lebat dan menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh. Ribut yang dilaporkan melanda selatan kepulauan Mindanao berserta angin kencang sekuat 75 kilometer itu menyebabkan tanah runtuh di di kawasan perkampungan di pinggir pekan Carrascal yang terletak 760 kilometer dari Manila sehingga menyebabkan empat orang maut. Ketua polis tempatan, James Alendogao berkata, kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh tidak dapat diakses ketika ini dan pihak berkuasa tidak dapat mengukur tahap kemusnahan yang berlaku. Agensi perkhidmatan kaji cuaca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya