WELLINGTON 12 Feb. – Ribut Tropika Gita diramalkan melanda Tonga pada awal pagi waktu tempatan hari ini selepas membadai Samoa semalam. Ribut kategori empat itu kini bergerak ke arah selatan merentasi Lautan Pasifik dan dijangka membadai ibu negara Tonga iaitu Nuku’alofa pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Agensi cuaca Tonga dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Gita dijangka membawa angin sekuat 185 kilometer sejam dan sehubungan itu, semua penduduk dikerah berpindah ke bangunan yang kukuh untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya