KUALA LUMPUR 8 Feb. – Seorang remaja wanita parah selepas motosikal yang ditungganginya diseret sebuah kenderaan sejauh 500 meter dalam kemalangan berhampiran Klinik Kesihatan Kajang, dekat sini tengah malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Raja Nursuhaida, 17, menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo sebelum dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.20 tengah malam sebelum sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya