KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah ‘urutan jari’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi. Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR, Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata, menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat. “Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangkan pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan. “Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat sempena Siri Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya