PERMATANG PAUH 12 Feb. – Umum mengetahui bahawa perpustakaan awam berperanan sebagai medan untuk masyarakat menimba ilmu khususnya menerusi penyediaan pelbagai bahan bacaan di situ. Bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, institusi itu perlu ditransformasikan bagi memastikan ia kekal relevan pada masa depan. Atas dasar itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) mengambil inisiatif menganjurkan program antibuli, ‘Kita Kawan, Bukan Lawan’ dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat. Pengarah PPAPP, Sharimah Salleh berkata, penganjuran program tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka untuk membantu mengurangkan gejala buli yang semakin berleluasa. “Kita tahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya