KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Polis mematahkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan rampasan bernilai RM318,619 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Padang Midin, Bukit Payung, Marang, Khamis lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, hasil serbuan itu pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan iaitu peniaga ikan berusia 23 tahun dan buruh berusia 26 tahun di rumah berkenaan. “Dalam operasi bermula pukul 6.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang itu, polis menemukan sebanyak 17,200 biji methamphetamine bernilai RM258,000 dan syabu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya