GEORGE TOWN – Polis mengesahkan terdapat dadah dalam ujian air kencing dan darah dua lelaki Nepal yang mengalami gejala letih dan lemah teruk selepas meminum kopi pracampuran perisa durian. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata hasil ujian Jabatan Kimia hari ini mendapati darah dan air kencing dua pengawal keselamatan itu yang meminum kopi yang diperoleh secara percuma itu mengandungi dadah jenis sintetik. “Kami sudah terima laporan daripada Jabatan Kimia lewat petang ini dan berdasarkan ujian yang dijalankan memang sah terdapat kandungan dadah saintifik yang jenisnya memang ada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya