Pesawat aerobatik Black Eagles terhempas di Lapangan Terbang Changi - Utusan Malaysia

Pesawat aerobatik Black Eagles terhempas di Lapangan Terbang Changi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Sebuah pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari Pasukan Tentera Udara Korea Selatan terbabas dan terhempas di bahu jalan berumput di landasan 1 Lapangan Terbang Changi, sebelum terbakar. Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura berkata, pesawat itu sedang berlepas untuk program pertunjukan di udara pada Pameran Udara Singapura 2018. Perkhidmatan Kecemasan Penerbangan memberi respons segera berikutan insiden itu dan telah dapat memadamkan kebakaran itu. Juruterbang pesawat itu cedera ringan dan sedang dirawat. Kejadian berlaku kira-kira 1.24 tengah hari waktu tempatan Singapura. Landasan 1 akan ditutup sehingga diberitahu kelak, kata pihak berkuasa. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya