KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tindakan dua beradik mempertahankan sekumpulan remaja bermotosikal yang membuat bising pada majlis hari jadi menjadi punca maut ditetak dalam kejadian di Flat Damansara Bestari, Seksyen 19 dekat sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu berlaku apabila kedua-dua mangsa bertengkar mempertahankan kumpulan bermotosikal tersebut dengan tetamu majlis berkenaan. “Pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan sehingga kedua-dua beradik tersebut maut ditetak. “Kita tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai kes terbabit kerana masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya