LONDON 12 Feb. – Kerabat diraja Britain, Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle akan meraikan hari perkahwinan mereka dengan menaiki kereta kuda diraja mengelilingi bandar Windsor. Kenyataan rasmi daripada Istana Kensington memaklumkan, perarakan berkuda sejauh 3.2 kilometer itu adalah untuk tatapan rakyat. “Mereka berharap perjalanan perarakan berkuda ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk berkumpul di sekitar Windsor dan menikmati hari istimewa itu. “Laluan perarakan ini akan berakhir di sebuah taman menuju ke Istana Windsor yang merupakan kediaman bagi raja-raja dan ratu Britain selama 1,000 tahun,” jelas kenyataan itu. Dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya