Perantis Automotif Servis Selepas Jualan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Kolej Vokasional Kajang menduduki penilaian akhir teori dan praktikal untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 di kolej itu, baru-baru ini. Pengajar Automotif Servis Selepas Jualan SLDN Kolej Vokasional Kajang, Azmie Arshad berkata, penilaian akhir ini disahkan oleh pegawai pengesah luar daripada Tafe College, Seremban yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Putrajaya dan diselia oleh pengajar-pengajar SLDN Kolej Vokasional Kajang.…










