LUMUT – Perak gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri apabila tewas kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 0-2 dalam perlawanan ketiga saingan Liga Super di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini sebentar tadi. Gol PKNS FC hadir seawal minit pertama apabila penyerang importnya dari Brazil, Rafael Ramazotti De Quadros mudah memanfaatkan peluang menyudahkan bola masuk ke gawang gol menewaskan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim. Gol tersebut berpunca daripada rembatan kencang pemain PKNS FC, Romel Oswaldo Morales Ramirez yang terkena palang sebelum melantun di hadapan Rafael…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya