RAWANG 10 Feb. – Seorang penunggang motosikal cedera parah setelah kenderaan yang ditungganginya merempuh dua buah basikal di lebuh raya Latar menghala utara berhampiran dengan Ijok pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu motosikal berkenaan dipercayai terbabas selepas melanggar dua buah basikal yang berada di laluan kecemasan. Seorang penunggang basikal cedera ringan, manakala seorang lagi terselamat dan penunggang motosikal berkenaan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya