RANAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah lori di Jambatan Tamu Liwagu di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Sofian Ahmin, 22, dipercayai gagal mengawal motosikalnya sehingga masuk ke laluan bertentangan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang membonceng motosikal berkenaan pula mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata, penunggang…










