KOTA BHARU – Seorang peniaga pembekal rempah ratus cedera di bahagian belakang badan dan lengan kiri selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan salah seorang lelaki menaiki sebuah motosikal di Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1.40 petang, mangsa berusia 45 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak diserang kedua-dua suspek yang berumur antara 20 hingga 30 tahun selepas mangsa enggan menyerahkan kunci kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandunya. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, motif kejadian dipercayai untuk melarikan kenderaan mangsa. Katanya, mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya