DAMSYIK 12 Feb. – Penduduk Syria terutamanya di Raqa berdepan dengan kesengsaraan akibat kemusnahan banyak infrastruktur selepas peperangan yang menyaksikan Tentera Demokratik Syria (SDF) berjaya menawan semula kubu kuat militan Daesh di bandar tersebut pada Oktober tahun lalu. Portal berita Russia Today melaporkan, bandar Raqa ketika ini kelihatan seperti medan pertempuran dengan kebanyakan bangunan runtuh dan tidak sesuai untuk dihuni masyarakat. Jalan utama di bandar itu juga dipenuhi serpihan runtuhan bangunan sehingga menyukarkan kenderaan melalui kesemua jalan tersebut. Seorang penduduk tempatan yang hanya dikenali sebagai Khawla memberitahu, mereka duduk di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya