BENTONG – Masyarakat Felda Lurah Bilut meminta pihak berkuasa untuk membantu mengatasi masalah kehadiran lori balak yang beroperasi menggunakan laluan utama kawasan itu sehingga mengancam keselamatan 6,000 peneroka. Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati puluhan lori balak yang kebanyakannya membawa muatan berlebihan tanpa dilengkapi ciri-ciri keselamatan berleluasa beroperasi menggunakan laluan utama penduduk termasuk di hadapan sekolah-sekolah pada waktu puncak. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Lurah Bilut, Abdul Hanim Abd. Latiff berkata, lori balak berkenaan adalah milik sebuah kilang papan di kawasan itu dan telah beroperasi sejak tiga tahun lepas. Katanya selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya