KUALA LUMPUR 7 Feb.-Tidak sampai satu jam selepas pengacara popular, Neelofa mengumumkan dia bakal bergandingan dengan Zul Ariffin dalam sebuah drama ketika mengacara MeleTop malam tadi, media sosial dibanjiri dengan gambar mereka berdua. Rata-rata peminat kedua-dua pelakon popular ini tidak sabar untuk menyaksikan gandingan mereka buat pertama kali dalam sebuah drama dan mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua anak seni itu. Menganggap harapan dan tanggungjawab itu sebagai satu sokongan tidak berbelah bahagi peminat, Neelofa mahu memberikan yang terbaik dan mengharapkan agar semua peminat sabar menantikan drama istimewa itu. “Tidak sangka pula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya