PUTRAJAYA 14 Feb. – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengarahkan pemilik bangunan yang memasang salutan dinding luar (cladding) dengan bahan mudah terbakar agar menanggalkan segera bahan tersebut. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bahan jenis Exterior Insulation and Finish System (EIFS) yang diperbuat daripada polisterin itu dilarang penggunaannya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). “Bahan tersebut perlu digantikan dengan bahan-bahan yang telah diluluskan oleh JBPM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai kejadian kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya