BELURAN 14 Feb. – Seorang pemandu lori tangki minyak maut manakala kelindan patah kaki kiri selepas kenderaan berat itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 150, Jalan Beluran-Paitan, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi tersebut, mangsa, Lee Nyuk Fook, 53, disahkan maut di lokasi manakala pembantunya, Rumih Yosep, 18, pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri kerana brek kenderaan itu gagal berfungsi. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintenden Sivanathan Velautha berkata, sebelum kejadian, lori jenis Nissan itu dalam perjalanan dari daerah Sandakan menuju ke daerah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya