TAMPIN – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abd. Rahman, Gemas dekat sini maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di padang sekolah itu pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan dipercayai maut di tempat kejadian, manakala seorang rakannnya, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan di belakang kepala. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi dan sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya