TAIPING – Seorang bapa muda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia enam bulan sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak awal bulan ini. Tertuduh, Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd. Razak. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kantin kilang itu didakwa mendera anak keduanya, Nur Kayra sehingga mengalami kecederaan pendarahan dalam otak di sebuah rumah di Kampung Paya Baru, Kamunting di sini pada pukul 3 petang 2 Februari lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya