KANGAR 11 Feb. – Pas menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai gabungan yang tidak mempunyai ‘harapan’ berikutan pelbagai masalah membelengu mereka khususnya dalam soal pengagihan kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pada masa sama, Pengarah Institut Strategi Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali juga percaya proses pengagihan kerusi tersebut tidak akan dapat diselesaikan oleh gabungan itu sehingga menjelangnya pilihan raya akan datang. Katanya, Pakatan Harapan dilihat agak kelam-kabut dan tidak mungkin dapat bersatu berikutan begitu banyak pemimpin yang menjadi kepala. “Pakatan Harapan ini parti kelam-kabut,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya