SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa (gambar kecil) menafikan dakwaan kononnya KLFA sanggup menyerahkan kuota jualan tiket sebanyak 80 peratus kepada penyokong-penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan 20 peratus diperuntukkan kepada peminat pasukan tuan rumah. Hari ini, Kuala Lumpur bakal menanti kunjungan skuad Harimau Selatan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras untuk aksi ketiga Liga Super. Bagaimanapun timbul dakwaan bahawa KLFA sanggup ‘menggadaikan’ kuota tersebut kepada peminat-peminat luar berbanding penyokong sendiri demi kepentingan peribadi. Mengulas mengenai situasi itu, Nokman menegaskan, tuduhan tersebut tidak berasas kerana KLFA sentiasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya