Dua wartawan ditahan selama dua bulan oleh pihak berkuasa Myanmar kerana mereka cuba mendedahkan mengenai pembunuhan beramai-ramai 10 etnik Rohingya, menurut agensi berita tersebut semalam. Ini adalah kali pertama Reuters mengesahkan secara terbuka bahawa warga Myanmar, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo (gambar kecil), 27, sedang bertugas ketika ditangkap pada 12 Disember lalu di pinggir Yangon. Pasangan itu kini berhadapan hukuman penjara sehingga 14 tahun atas tuduhan memiliki dokumen rahsia yang melanggar Akta Rahsia Rasmi era kolonial. Nasib Lone dan Soe Oo telah mencetuskan kebimbangan global terhadap kebebasan akhbar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya