SOUTHAMPTON 12 Feb. – Jurgen Klopp menyokong Mohamed Salah dan Roberto Firmino dicalonkan sebagai pemain terbaik selepas kedua-duanya meledak gol ketika Liverpool menumpaskan Southampton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini. Salah, 26, mencipta gerakan kepada gol pembukaan yang disempurnakan Firmino seawal minit keenam untuk jaringan ke-20 penyerang Brazil itu bersama Reds (semua pertandingan) musim ini. Firmino, 27, kemudian membalas dengan melakukan hantaran cantik menerusi kuisan tumit ke belakang untuk membuka laluan kepada Salah menyumbat gol kedua pada minit ke-42. Harry Kane dan Sergio Aguero meletakkan diri sebagai pencabar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya