BAGI mereka yang ‘berserabut’ dengan agenda politik, apa saja terlintas di hadapan mata mahu ditafsir atau dikaitkan dengan politik. Ini lebih-lebih lagi jika dilihat isu yang berbangkit itu tidak menyebelahi mereka. Lihat apa reaksi golongan ini ekoran negara sedang membincangkan cadangan menggubal undang-undang baharu bagi membendung penyebaran berita palsu? Ada pemimpin politik yang kemaruk mahu berkuasa terus menuduh kerajaan sengaja mengemukakan usul ini kononnya sebagai muslihat untuk menyekat ‘kebebasan bersuara’ bagi memudahkan cara mengekal kuasa. Tuduhan itu dianggap liar oleh sesetengah pihak. Jauh daripada menampakkan nilai profesionalisme dalam berpolitik. Tidakkah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya