BETONG 7 Feb. – Tanda tanya tentang nasib menimpa seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Sungai Rimbas Baru, Debak di sini sejak kelmarin, terjawab apabila mayatnya dijumpai terapung di sungai berkenaan hari ini. Jurucakap bomba berkata, mayat mangsa, Ampi Gani, 69, berasal dari Rumah Panjang (RH) Ulu Sungai Rimbas Baru ditemukan 3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada Isnin lalu. Katanya, mayat tersebut dijumpai oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada tengah hari ini. “Operasi mencari mangsa dilancarkan sejak mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya