PUTRAJAYA – Malaysia dijangka menzahirkan sokongan dan komitmen teguh terhadap usaha mencegah keganasan dan keganasan melampau pada Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Pakatan Global Menentang ISIS/Daesh yang dijadual di Kuwait esok. Menurut satu kenyataan, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang akan mengetuai delegasi negara ke mesyuarat itu akan memberikan ucapan mengenai kebimbangan semasa yang ditimbulkan oleh Daesh daripada perspektif negara dan serantau, cabaran dan amalan baik langkah pencegahan keganasan serta keganasan melampau. “Anifah akan turut mengetengahkan konsep kesederhaan atau wasatiyyah yang merupakan asas dalam usaha menangani kegiatan keganasan yang kejam dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya