SUNGAI PETANI – Dua sahabat dihukum penjara empat hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat pertuduhan berasingan menyebabkan kecederaan ketika perarakan Hari Thaipusam awal bulan ini. Majistret Mohamad Fared Abd. Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap V. Indran dan S. Pubalan, kedua-duanya berusia 25 tahun, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Majistret menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 1 Februari lalu. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa telah bersama-sama menyebabkan kecederaan kepada N. Murugan, 58, D. Ranjeet, 37, R.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya