BATU PAHAT 6 Feb. – Seorang lelaki dipercayai memiliki sepucuk pistol dan dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Nuri, Parit Sulong, di sini semalam. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, lelaki tersebut yang berusia 41 tahun turut memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk enam kesalahan melibatkan dadah. “Dalam serbuan itu, polis menemukan paket lutsinar disyaki berisi heroin dan empat biji pil dipercayai dadah jenis Eramin 5. “Pemeriksaan di luar rumah pula menemukan sepucuk senjata berbentuk Revolver bertulisan ‘WI’ yang dibungkus dengan sehelai stokin dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya