KUALA PILAH – Seorang warga emas di Kampung Padang Lebar dekat sini terpaksa menjalani rawatan rapi di hospital selepas mengalami kecederaan akibat diserang seekor babi hutan di rumahnya semalam. Mangsa, Marzuki Mohd. Yassin, 72, cedera pada betis kiri, kedua-dua tangan dan pada kepala setelah diserang haiwan liar itu. Kejadian cemas tersebut disedari ibu lelaki berkenaan, Iyah Bada, 89, yang kemudian menjerit meminta tolong sebaik melihat mangsa bergelut dengan seekor babi hutan di halaman rumah mereka. “Serangan babi hutan itu berlaku sejurus anak lelaki saya (Marzuki) keluar rumah pada pukul 11.30…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya