IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini ditahan polis malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, pemilik rumah lelaki berusia 29 tahun menyedari tombol pintu rumahnya dirosakkan dan mengesyaki rumahnya dipecah masuk selepas melihat komputer riba dan sepeket minuman Milo miliknya masih berada di tepi pintu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, mangsa sempat memaklumkan perkara itu kepada kakak iparnya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. “Mangsa bertindak memeriksa rumahnya dan menemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya