UNTUK bersatu bukan satu perkara yang mudah. Hakikat itu pastinya sudah dirasai sendiri oleh Beto Kusyairy ketika dia mula menjejakkan kaki ke dalam industri seni lebih sedekad yang lalu. Baginya penyatuan adalah elemen terpenting yang harus dilakukan bagi mengubah sesuatu perkara kepada perkara yang lebih baik. Melihatkan keadaan semasa industri seni, tidak semua pihak meletakkan soal kualiti di hadapan berbanding dengan hal lain. Pastinya perkara tersebut sudah dirasai sendiri saat melihat banyak pihak lebih mengutamakan populariti berbanding dengan kualiti. “Untuk berubah, kita kena bersatu. Semua pihak perlu tahu apa peranan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya