KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) menyasarkan 70 peratus daripada saiz pelaburannya berlandaskan amalan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, sasaran tersebut selaras dengan inisiatif KWAP yang menandatanangi Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau berkata, ketika ini mandat ESG KWAP berada pada paras 50 hingga 60 peratus. “Di KWAP, kami percaya fokus kami adalah untuk mengamalkan amalan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang teguh, tidak hanya meningkatkan keselamatan sosial jangka panjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya