NEW YORK 9 Feb. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis politik di Maldives bertambah buruk terutama selepas Presidennya, Abdulla Yameen mengisytiharkan perintah darurat selama 15 hari, baru-baru ini. Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai kanan PBB kepada Majlis Keselamatan (UNSC) dalam satu mesyuarat khas untuk membincangkan krisis di Maldives. Krisis politik di negara pulau itu bermula apabila Abdulla mengeluarkan arahan supaya beberapa hakim ditahan selepas mereka mengeluarkan perintah pembebasan beberapa pemimpin pembangkang. Sumber dalaman badan dunia itu memberitahu, Penolong Setiausaha Agung PBB, Miroslav Jenca memaklumkan kepada UNSC, walaupun tiada laporan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya