Seoul 8 Feb. – Korea Utara mengadakan perarakan tentera di Pyongyang bagi menyambut ulang tahun ke-70 angkatan tenteranya hari ini. Peluru berpandu balistik antara benua turut dipamerkan dalam perarakan yang diadakan sehari sebelum pembukaan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan. Namun, tidak seperti perarakan terakhir Pyongyang pada April tahun lalu, perarakan tersebut tidak dapat ditonton secara langsung sebaliknya hanya disiarkan beberapa jam kemudian. Letupan bunga api kedengaran selepas Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengambil tempat di atas pentas untuk menyaksikan pameran itu bersama isterinya, Ri Sol-ju dan turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya