DHAKA 8 Feb. – Mahkamah di Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap pemimpin parti pembangkang, Khaleda Zia selepas didapati bersalah menggunakan dana yang diperuntukkan untuk anak-anak yatim. Khaleda yang merupakan pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) didapati bersalah kerana mencuri dana berjumlah AS$252,000 (RM989 juta) daripada tabung yang diwujudkan untuk anak-anak yatim. Anak lelaki Khaleda, Tarique Rahman dan lima yang lain pula dipenjara selama 10 tahun bagi kesalahan yang sama. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya