MUAR 8 Feb. – Sarapan pagi dengan menu sate kedengaran agak janggal bagi penggemar makanan itu di kebanyakan kawasan lain, namun tidak bagi penduduk Muar yang terletak di utara negeri ini. Juadah wajib itu amat mudah didapati seawal pagi bersama-sama nasi lemak atau kuih-muih yang lebih sinonim dengan pembuka selera masyarakat majmuk di negara ini, tetapi itulah uniknya Muar yang berkeluasan lebih 2,300 kilometer persegi. Makanan enak yang lain juga mudah didapati di daerah ini seperti asam pedas telur ikan mayong, mi bandung dan pelbagai lagi makanan tradisional masyarakat setempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya