KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 Februari depan sebagai pengurusan kes lanjutan terhadap dua lelaki yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah atas pertuduhan menguruskan rumah pensundalan di sebuah hotel di bandar raya ini kira-kira empat bulan lalu. Keputusan itu ditetapkan oleh Hakim Azreen Aziz terhadap dua tertuduh, Tay Leong Hew, 53, dan Tay Thian Chuan, 46, selepas menerima permohonan daripada pihak pendakwaan. Permohonan tersebut adalah untuk meneliti dan melengkapkan dokumen kes sebelum tarikh perbicaraan bermula. Ia turut melibatkan proses merakam keterangan daripada13 saksi bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya