ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan kes 30 ahli Geng Pak Su termasuk ketuanya, Johari Ariffin yang dituduh menjadi kumpulan jenayah terancang di daerah Kubang Pasu dekat sini sejak tiga tahun lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohd. Izham Ali membuat ketetapan tersebut pada prosiding pengurusan kes di hadapan kesemua tertuduh. Pada prosiding pengurusan kes itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Izhanudin Alias menyerahkan dokumen berkaitan dan memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam masing-masing. Mereka dituduh secara berperingkat atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya