KUALA LUMPUR 13 Feb. – Percikan api yang menyebabkan berlakunya kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini dipercayai bermula daripada kerja penyelenggaraan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, api merebak dengan pantas kerana pelapisan dinding yang digunakan bangunan itu bersifat mudah terbakar. “Kebakaran bermula dari tingkat satu dan hampir keseluruhan bahagian luar bangunan KWSP musnah. “Tambahan pula lagi dengan faktor angin yang kuat, ia mempercepatkan proses kebakaran tersebut,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di perkarangan bangunan KWSP, di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya