Pusat Konvensyen Kebangsaan Qatar di Doha bermandikan serbuk berwarna-warni baru-baru ini apabila program Color Run 2018 berlangsung penuh meriah. Kira-kira 9,000 peserta membanjiri kawasan sekitar pusat konvensyen itu untuk menyertai program anjuran pusat pengajian tinggi, Weill Cornell Medicine-Qatar (WCM-Q) yang memasuki tahun keempat. Dalam larian sejauh lima kilometer itu, para peserta disembur dengan serbuk berwarna berlainan pada setiap satu kilometer. Warna-warna yang disembur ialah merah, kuning, hijau, biru dan merah jambu. Sepanjang larian tersebut, para peserta dibenarkan untuk berjalan, berlari dan melompat tali dengan bergelak ketawa sehingga ke garis penamat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya