KUANTAN 7 Feb. – Orang ramai yang sedang menjamu selera di medan selera di Jalan Sultan Ahmad, Pekan dekat sini hari ini terkejut apabila sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 55 tahun terbabas memasuki kawasan berkenaan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Alza itu pada awalnya berada di lorong menghala ke Rompin dan ingin masuk ke seberang jalan sebelah kanan di lokasi kejadian. “Ketika itu, terdapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya