LIMBANG 7 Feb. – Polis menahan seorang kerani sebuah bank di sini semalam, selepas dipercayai melakukan pecah amanah mengakibatkan seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM53,870.64 pada tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah, suspek berusia 33 tahun ditangkap pada pukul 3.30 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang diketuai Asisten Superintenden Arthur Medang. Katanya, suspek berasal dari Kampung Seberang Kedai di sini, ditahan selepas polis menerima laporan dia terlibat melakukan jenayah pecah amanah terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya