JOHOR BAHRU 7 Feb. – Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Mohamad Kasbi yang kembali ke rahmatulah awal pagi ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Allahyarham banyak berjasa dan menabur khidmat bakti terutama dalam bidang politik di Johor sejak 1976. Jelasnya, Allahyarham menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selaku ADUN Tanjung Puteri selama tiga penggal dari 1990 hingga 2004. “Beliau banyak memberi sumbangan kepada masyarakat semenjak memulakan karier politiknya sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Johor Bahru dan kemudian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya