Merenyam-renyam sungguh lengan dan betis kami. Salah kami juga kerana tidak mengenakan pakaian yang sesuai. Kononnya hanya ingin melihat-lihat sahaja dusun ayah. Mencari-cari jika ada buah durian yang gugur dan mengutip buah asam gelugur jika ada yang luruh. Lain yang dicari, lain pula yang diperolehi. Nyamuk pula bukan main seronok lagi mengekori kami. Itu belum dikira lagi kalau-kalau ada pacat yang bersembunyi di celah-celah jari kaki. “Sudahlah tu, Alang. Tak tahan aku miang jelatang ni.” Aku memberi isyarat mengajak Alang pulang ke rumah. Pohon jelatang memang tumbuh subur di sini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya