KUALA LUMPUR 13 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menempatkan pondok kawalan polis dan balai polis bergerak di setiap kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara. Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim. Jelasnya, usaha tersebut bertujuan membantu memudahkan pengawasan dan mempercepatkan tindak balas pasukan PDRM dalam usaha membanteras jenayah khususnya di kawasan PPR atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya